9.6.09

PENATTAPI HAPPY NYA

Cuti ni memang terasa penat. Banyak yang dibuat. Menghadiri kenduri kahwin pun banyak. Tak sedar cuti pun hampir habis.

Penat tu memang penat. Tapi hari ni happy sangat sebab permohonan untuk bertukar diperkenankan! Enam bulan menunggu, akhirnya dapat. Terima kasih semua...

Yea yea naik sekolah ni, sekolah baru!

19.5.09

SUSAH

Susah!........susahnya kalau niat baik, niat ikhlas kita disalah anggap!

15.5.09

Main-main...



Esok hari guru. Hari ni dah mula program. Isnin sambutan di sekolah.
Petang ni ada lawan badminton di dewan sekolah.
Esok ada lawan game woodball.
Mek kena main jugak. Jadi AJK sambutan ni, kenalah main juga.
Bukanlah tahu sangat nak main, tapi yang penting hubungan silaturrahim tu.
Jom kita main.

Mari sambut hari guru bersama Mek

5.5.09

Bedooh la kalu...

Assalamualaikum,

Bedooh la kalu kata mek ni dak ade rase cemburu. Kalu pompuang dak ada rase cemburu, mek rasa nak garu ppala mek hak dak gata ni.

Orang jantang pung panda cemburu. Pempuang lagi la. Sampai bbalah pasa cemburu ni. Mucung tige mpak hari. Dah pujuk-pujuk baru la nak senyum sikik. Tu pung senyung napak kak ujung mulut je.

Ini la peranga udoh orang jantang. Mek bukang anti-jantang. Tapi mek senak peruk jugak kalu orang jantang peranga macang budak-budak. Tak gunala nak cerita panjang2. Lama-lam molek lah tu.

Nak sejukkang hati mek ni, baik mek pantung serangkak dua:

Kalu nak sejuk airnye kelape,
Kalu dak sejuk, bubuh la gule,
Kalu merajuk tanya pulak kenape,
Kalu mintak pujuk, senyap dak kate ape.

Nak baja si pohong lade,
Bubuh juga baja peria,
Nak mmanje, kata pulak ngade2,
Dak mmanja kata dak peduli ke dia.

29.4.09

PERTAMA BUKAN TERAKHIR

Assalamualaikum,

Ini posting pertama Mek. Harap2 bukan yang last lah. Mek ni baru se ari dua belajar blog nih. Tengok orang ada blog, mek rasa mek boleh jugak.

Buat blog ni pun tak pandai lagi. Mujur ada pakcik mantan yang ajar camne nak buat blog. Blog Mek ni tak siap betul lagi ni.

Kalau blogger sema yang singgah kat blog mek ni, bagilah tips2 camne mek nak upgrade blog mek ni. Nampak macam kosong aje. Tak macam blog orang lain tuh, canggih2 belaka.

Selamat berblogging. Terima kasih.